Pertandingan Word Search

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 22 June 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah menyertai Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Luak yang telah diadakan di Pusat Internet Kampung Luak sendiri dari jam 8:00 pagi sehingga 2:30 petang. Hari Terbuka ini telah disertai oleh komuniti setempat Kampung Luak. Sepanjang Hari Terbuka berlangsung, satu pertandingan Word Search telah diadakan untuk orang dewasa.

Tujuan pertandingan Word Search ini ialah untuk menguji kecerdasan dan pengetahuan peserta dalam mencari ayat yang tersembunyi dalam satu teks. Kesemua ayat tersebut berkaitan dengan asas komputer seperti tetikus, papan kekunci, monitor, pendrive dan sebagainya. Peserta dikehendaki mencari kesemua ayat yang tersembunyi dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Antara kebaikan yang diperoleh melalui pertandingan Word Search ialah peserta dapat menguji tahap kelajuan dan ketangkasan mereka ketika berada dalam situasi masa yang terhad dan memupuk semangat berdaya saing yang sihat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali